Dalam gelita tidak semesti bekerja

Dimana ada kekuatan disitu ada kuasa
Dimana ada manusia disitu adanya angkara
Disitu juga propaganda dan hipokrasi
Yang kuat akan berkuasa
Yang lemah terus ditindas
Yang mendominasi akan terus menjadi
majoriti disebalik minoriti

Pernah aku berada di medan perang ciptaan jemaahku
Berperang bukan untuk melayu yang layu
Berperang bukan untuk muslim
Bahkan TUHAN kami telah menjelaskan
"You can kill muslim but can't kill islam"

Aku memang berjiwa melayu
walaupun "asalnya hitam menjadi perang"
Jemaahku yang sanggup bersama aku
Yang sanggup berperang bersama aku
dan gugur bersama aku
Kita satu darah bukan semasa berbai'ah

Pernah aku bilang dahulu dan diulang lagi
Engkau ahli politik tetapi rasis
Engkau diplomatik tetapi mundur
Engkau sasterawan tetapi karyanya hipokrit
Engkau negarawan tatapi lemah
Engkau marhaen dan menjadi sampah
Engkau punya otak tetapi tidak berfikir

ENTAH BILA AKHIRNYA

No comments:

Post a Comment