indahnya dunia Allah

Aku buta,aku buta warna,buta huruf,buta segala-galanya
Aku tidak nampak apa-apa
Duniaku hanyalah ada satu warna
Warna hitam yang acapkali menerangi di mana-mana aku berada


Tiada apa yang istimewa yang ada pada diriku
Aku ada impian,sama seperti yang lain atau yang senasib denganku
Menulis dan melukis ialah aktiviti harianku
Alangkah indahnya dunia aku sekiranya aku dapat melihat sama seperti teman-temanku


Namun,siapalah aku,hanya seorang BUTA yang tidak ada apa-apa
Bukanlah golongan hartawan,bangsawan atau golongan kaya-raya
Tempatku bukan di 'bungalow' tetapi hanya di sebuah setinggan di tengah-tengah kota raya yang penuh dengan dosa
Ditemani seorang isteri yang senasib dengan aku,aku sangat istimewa


Suara-suara kecil sering kedengaran,ye mereka mengejek aku
Hoi buta!,bodohla buta!,buta-buta!
Apa salah aku?sudah lali telingaku mendengarnya
Perlukah aku balas?bukankah sabar itu yang paling mulia di sisi Mu Ya Tuhanku


Menulis walaupun buta,apa salahnya,tidak masuk akal fikiran manusia?
Aku menulis kerana minat,bukannya semata-mata untuk menunjuk keistimewaanku
Aku bukannya seorang yang bongkak,takbur akan keistimewaanku
Diam-diam ubi berisi,bukankah itu yang sepatutnya


Namun aku bersyukur apa yang aku ada
Sekurang-kurangnya aku dapat menjaga mata ini daripada dosa-dosa dunia
Seringkali aku berdoa kepada yang maha esa supaya dikurniakan nikmat mata
Tetapi bukan di dunia yang kita pinjam ini,tetapi di akhirat yang bakal tiba

No comments:

Post a Comment