suara sumbang si kecil

anak itu halal
kerana mereka tidak pernah terfikir
utk mencipta nasib sendiri
kerana apa
kerana adakah cukup kemampuan
kanak-kanak itu berfikir sewajarnya

tidak! sebernar-benar manusia
yang seharusnya dipersalahkan
atas nasib yang kurang baik itu
jangan salahkan qadak qada
atau lebih parah menyalahkan Tuhan sendiri
nahh!panah petir menanti

mana hero-hero bandar itu
tidaklah asal mereka dari desa juga
gerangan siapakah yang acapkali membuat
onar itu
ohh tidak itu orang 'kita' sama sekali
mana orang-orang lain
mana mereka pergi
ohh barangkali mereka sibuk berniaga
atau sedang terbahak-bahak
ketawakan kita

orang-orang 'kita' selalu menjadi kadam
apalagi?hamba?abdi?mangsa tunggangan?
kepada orang-orang 'itu'
besar sangatkah 'pahala' yg mereka peroleh
huh!kecewa,berkecamuk dibuatnya

ye kemanusiaan semakin mandul agaknya
2009 1 malaysia
sangat sesuai dinihari
yang ada hanya keserakahan manusia
yang tidak berkemanusiaan
ini lah dia peradaban dewasa ini

ohh barangkali sikap ini yang mahu
dipraktikkan kepada anak cucu mereka kelak
kesombongan,kebongkakan menerajui
setiap ruang tubuh badan
keindahan dan kadamaian menjadi mangsa

mangsa
mangsa
mangsa

No comments:

Post a Comment