tengkorak putih kekuningan

hijau daun pandan bererti muda
daun pandan yg kekuningan tua lah ertinya
yang muda tidak semestinya JEBAT
yang tua tidak semestinya TUAH
dasawarsa ini yang jauh lebih berpengalaman
bersikap keanak-anakkan
menjadi 'hero' dihati masyarakat
ialah tujuannya
menunjukkan belang adalah keutamaan

dimana mereka tinggal?
ohh di Malaysia
bangganya menjadi rakyat Malaysia
ohh barangkali Malaysia bumi bertuah
aman damai tiada perperangan seperti
di Palestin,Afganistan
kesian mereka di sana
ada juga makhluk yang tidak pernah
sesekali berasa nikmatnya bumi ini
persoal itu,ini,sana,situ

mengapa mereka berkelakuan sebegini?
ohh barangkali mereka sudah muak
tinggal disini
nahh ambil selimut,tilam pergi sana
berani sungguh bermain api dalam sekam
berani bermain api yang kecil
alahh api kecil sahaja
barangkali mereka tidak pernah tahu
erti api yang kecil boleh menjadi kawan
api yang besar sekaligus boleh menjadi lawan
berani sungguh mereka mereka ini
bermain api orang melayu
tidakkah goyang lutut mereka
mereka belum ada pengalaman
kerana pengalaman mendewasakan seseorang

ohh kau benci aku
nahh pijak kepala aku
kita sama-sama pijak
kepala masing-masing
eh macam biasa dengan situasi tu
ohh ye labu dan labi
rupanya ada juga ye orang kita
yang berkelakuan seperti itu
pijak bangsa sendiri
kaum sendiri
saudara sendiri
semata-mata terlalu taksub
dengan kehebatan dunia

sedih sedih sedih
berkecemuk hati
melihat bangsa sendiri
menjatuhkan bangsanya sendiri
ahh dia ada bisnes berjuta-juta
dia ada pengaruh besar
menjadi alasan utama
nahhh besarnya perut dia
walhal makan tidaklah banyak
ohh barangkali dia ada urusan sama
yang maha esa

aku punya cita-cita
aku mahu melihat Malaysia
5 tahun akan datang
sabar aku menanti
ingin aku bertarung sama
bangsat-bangsat itu
pemusnah negara,bangsa
huhh kita lihat siapa itu TUAH
siapa itu gangster gangster sampah
baru tahu darah itu pahit
peluh itu masin

No comments:

Post a Comment