masih belum sempurna

dalam kepenatan tapak demi tapak diteruskan
menapak dalam kegelapan malam menceroboh kesunyian rimba
hanya bertemankan cahaya purnama
menapak tanpa memikirkan tenaga dan apa jua alasan
yang membunuh diri
perjuangan kami belum selesai
anak bini dirumah ditinggal
demi menjaga maruah bangsa
membela nasib rakyat yang sudah
jemu ditindas

pembaharuan yang diimpikan mereka
pembaharuan yang mereka dambakan
mengharap agar nasibnya itu dapat dibela
tugas kita bukan mudah
selagi masih ada kekuatan tulang belulang
marilah ayuhlah
pernahkah dengar
takkan melayu hilang di dunia
itulah yang sepatutnya

52 tahun memperjuangkan keringat
setitik peluh yang dikeluarkan
tenaga fikir yang tidak terperi
membawa kita kearah puncak kejayaan
sehingga kini aman di sebuah taman yang indah
namun perjuangan kita tidak terhenti disini
masih banyak yang perlu diperbaiki
menyatupadukan keharmonian
memperbetul segala idealogi
yang telah disalahgunakan

kita telah berjaya menakluki hati
dengan semangat yang tidak
pernah tumpas dek hasutan syaitan
kita telah bangkit dengan segala kepayahan
kita sudah bersatu
kita sudah aman
kita sudah maju
ya dunia sudah punya mata untuk melihat kita
utara selatan timur barat
merenung tajam ke arah kita
berbondong-bondong mencari arah di mana kita berada
mencari emas di bumi ini

kita tidak akan kelihatan begini
dengan adanya keegoan yang menguasai diri
kesepakatan yang diutamakan
lebih daripada segala-galanya
perjuangan belum selesai
biarlah bertatih asal tidak dijajah lagi
janganlah ada Chin Peng yang kedua ?
janganlah ada Si Kitul yang kedua ?
sekiranya ada
nahh pedang terbang menanti

No comments:

Post a Comment